Test Internet Speed Laptop/PC Anda!!

Saturday, December 27, 2008

Q8... Gambar dari Sony SLR Kawe

Kuwait Tower waktu petang.. HDR single jpeg
Boss Megat.. HDR jugak
Izah.. anak Zerin
Iman.. anak zerin gop
Kat bwh Q8 Tower.. HDR single jpeg



Doh tu ce kabo gop natang mende HDR single jpeg tu? High Dynamic Range (Wikipedia) aku malas nk xplain la.. bace sendiri laa.. hehehe...

Gambo2 yg aku amik kemarin masa bbq kat bwh Q8 tower. Ada antara gambar menarik, aku tweak la sedikit sebanyak. Ni kira hobi aku la..

Nanti tips aku bagi la bagi sesiapa yg berminat. Chaloo karooo... yeehahaa

Friday, December 19, 2008

Sekitar majlis nikoh jurulatih Abdullah Turky Al Hajri

Pade hari Rabu yg lepas, kami set2 Aromatic telah dijemput oleh jurulatih kami utk menghadiri majlis nikoh beliau. Awok2 telah diberi peta utk dibawa bersama. Tempat majlis berlangsung telah dikenalpasti. Nama tmpat tu Riqqa. So mlm tu lepas solat isyak, awok2 pegi ngn 3 utir keter.. Aku bwk mantoba ngn Megat, Zerin gi ngn Pezal, aa dan Raje bwk sorg mat indon name Masykur. So mamat kt dlm gmbar yg tersenyum2 pakse tu adelah coach awok2 technologist di dept aromatics la, dia pnye level bwh CEO. Nt kalu kawe rajin kawe citer la pasal organization structure dia. Buat mase ni, kawe malas lagi..
So lepas puah sesat bbarat di padang pasir, selepas ditunjuk jalan oleh sorg mamat mesir yg ntah datang dari mane, kami pun sampai la kt dewan majlis. Ternyate majlis yg diadakan nmpak mcm mewah, sbb dibuat kat hall. Biase kalau ade majlis kawen org2 arab ni suka buat kt tgh2 padang pasir, tapi baru perception awok2 berubah sbb xsemenye cmtu. Mamat coach mesti dari keluarge yg loaded. Masuk je Dewan tu kami telah dicalit minyk atar (same mcm Ji Tar buat lepas beliau baru blik umrah.. asik2 kena calit je..), pastu kami gilir2 la salam ngn org2 tua coach ngn dia sendiri.. asik sengeh je beliau. Aku pun xtau ade dop pembesar2 negeri yg dijemput. Tapi tgk ke juboh awok2 dio pakai tu, mcm tuk khatib bace khutbah je...
Lepas salam kami pun lepak2 la sambil minum jus cocktail nk tggu hidangan. Kami expect makanan nanti adalah beriayni kambing yg mane biase kite pnh lihat, satu dulang besar dan beberapa ekor kambing kat dalam. Awok2 mule la terbayang mantoba ngakok dale dulang nk soyok peha kambing kat tgh2 dulang.. lepas 30 min nunggu, baru la hidangan sampai. So xmcm expectation, hidangan terbahagi kepada 2, se utk tetamu2 arab kat depan adalah briyani lauk unta, kat belakang utk awok2 yg xtahu briyani unta ade kat depan (he3..) yg dihidang secara buffet. so kt buffet ade mcm2 la mknan org arab mcm briyani kambing (sori aaa xde gmba.. aku tgh syok mkn kambing panggang dia.. lembut dan sedap)
Gmba kawe sendiri ni kawe amik sblm majlis makan lagi. Puas duk serabut ngn budak2 mentah kuwaiti (diorang berebut nk amik gmba.. pastu berebut nk tgk gmba diorang.. dohla kawe xpehe gapo awok2 dia cakap.. rase nk lempang je budak2 tu.. eee gere kawe...)
So gmba yg last ni adalah gmba ketika mana mantoba ngn megat tgh borak2 ngn bacha.. name dia Thumar, tapi mantoba pggil dia Ketumbar.. ade la cerite disebaliknye tu. Dulu mantoba xbrehi ke bacha ni, sbb bacha ni sangat gong ngn misai dia, so lgsung awok2 buh bacha tu jd abang mantoba. Tapi entah mcmana, skang ni kacip pelek mantoba ngn bacha ni aku tgk lening. Kawe pun dop pehe.. Ehh.. kawe ni jauh doh ni lari topik.. nt la kawe citer pasal mantoba di lain posting. So inila serba sedikit laporan tentang majlis kawen jurulatih awok2 kite baru2 ni. Kire ni la 1st time awok2 mesia tgk org arab nikoh. Se lagi, aku lupe nk kabo, dalam dewan tu hanya ade org2 jantan saje. Majlis utk org pompuan diadakan separate kat tmpat lain pada masa yg sama.. boleh dipuji jgk aturcara mcm tu. Aku rase kite pun bole tiru mcm diorang.. xpayah wt mjlis hantar menantu lagi doh. Dua majlis berasingan pade masa yg sama..
Ok nanti kawe post lagi citer awok2 lepas ni. Kawe undur diri dlu.

.... sejuk benar doh lening... paling pnas pun 16 deg c kt kuwait ni. nsb baik kawe dh biasa.. ni winter kali ke 2 utk aku, njeri , megat ngn zerin. so awok2 yg xpnh rase winter tu, kegeleparan la kesejukkan. nt dlm posting yg lain kawe akn cerita xtvt ngail awok2 di musim sejuk yg mane kaki2 pncing adalah terdiri dari toba, zerin, Buyet n kawe sndiri...

Wednesday, December 10, 2008

Nurul Alia Maisarah Puteri Ke-4 Najeri



Alhamdullilah, syukur kepada mu Ya Allah. Pada 5hb December 2008 dan tepat pukul 8.00 am hari jumaat maka lahirlah seorang puteri yang cute dr perkongsian hidup mama dan abah. Nama baby ni adalah Nurul Alia Maisarah seberat 3.38kg. Kuwaiti tu!! diharapkan jangan terikut-2 dengan perangai Kuwaiti sudah ler hehehe.


Al-Salam International Hospital tempat lahirnya baby kakak ni. Mama tinggal di bilik 416 selama dua malam. Alhamdullilah baby tiada masalah terutamanya jaundice. Makan pun best yum yum hehehe. Pasal yea kakak selalu jer selera nak makan. Gemuklah kakak kali ni.

Tunggu cerita selanjutnya bersama puteri ke-4... Semoga Nurul Alia Maisarah membesar sihat dan menjadi manusia yang bertakwa dan beriman padaMu Ya Allah, Amin.
Di karang oleh Nurul Nadia bt Mohamad Nazri

Monday, December 8, 2008

Sempena sambutan hari raya Aidiladha, kami warga Malaysia yg menetap di Kuwait telah dijemput oleh pihak kedutaan utk menunaikan solat sunat Aidiladha bertempat di Kedutaan Besar Malaysia. Kami set2 Equate Aromatics di Mangaf juga tak ketinggalan untuk menghadirinya.
Upacara dimulakan dgn solat sunat Aidiladha yg diimamkan oleh salah seorang pelajar Malaysia. Kemudian disusuli pula dgn bacaan khutbah Aidiladha yg disampaikan juga oleh salah seorang lagi pelajar Malaysia.
Selesai bacaan khutbah, kami dijemput utk menghadiri upacara makan-makan yg telah disediakan oleh pihak kedutaan. Semua menu yg disediakan adalah masakan2 Malaysia seperti nasik himpit, rendang ayam, kari kambing, roti canai (pun ada tau) dan juga beraneka jenis kuih muih dan biskut raya.
Sambil2 mengunyah makanan, kami beramah mesra antara satu sama lain yg mana ramai di antara kami yg belum pernah mengenali antara satu sama lain. Rata2 warga Malaysia adalah dari kalangan pelajar yg belajar di Kuwait University, pekerja Ericsson, dari sektor minyak khususnya dari KOC dan juga dari private sector, Equate contohnya.
Antara set2 Equate Aromatics yg hadir pada siang tadi adalah Megat & Family, Najeri n anak2, Ajerin dan family, Sabri n family, Raje n family, penulis dan juga Man Toba yg masih tak bawak2 family dia sampai sekarang. Tadi Man Toba mengadu kat Penulis, "kalu rayo kg kan best... ni mesti loni tgh bakar sate daging nim".. mcm tu lah lebih kurangnye rintihan mantoba kepada penulis. Tapi ape penulis mampu buat, just masukkan jelah ape yg dia kate dalam post kali ini.. hehehe... buntu idea beb... Tadi terlebih kambing masuk dalam perut.. Sekian dulu. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. AMPUN DAN MAAF DARI SET2 EQUATE AROMATICS BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA KEPADA MEREKA YG MENGENALI KAMI DI PETRONAS. EID MUBARAK!!

Sunday, December 7, 2008

Saturday, December 6, 2008

Kunjungan DYMM Seri Paduka Baginda Yg Dipertuan Agong Ke Kuwait

Pada 01/12/08 yg lalu, Tuanku telah mencemar duli utk bersama-sama rakyat Malaysia di Kuwait untuk majlis santapan tengahari di Sheraton Hotel Kuwait. Kami semua berasa amat beruntung bagi menghadiri majlis tersebut tapi apakan daya kerana tidak mempunyai cuti kami terpaksa melupakan hasrat kami. Namun kami tetap berasa bangga kerana saudara Zeryn telah mewakili Malaysian Aromatics Equaters ke majlis tersebut.Boleh dikatakan peluang sebegini merupakan peluang sekali seumur hidup kerana bukannya senang untuk bertemu mata denganTuanku dan Permaisuri. Berbaloilah saudara Zeryn mengambil cuti dan membeli set pakaian rasmi bagi menghadiri majlis itu. Menurut Zeryn beliau amat berbangga mempunyai Sultan dan Agong seperti Tuanku. Ketibaan Tuanku dan rombongan ke majlis boleh dikatakan dalam suasana yang sederhana namun sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia di sini adalah amat membanggakan.Dalam majlis tersebut Tuanku telah bertitah yang Tuanku amat bangga dengan pencapaian dan kedudukan rakyat2 Malaysia di Kuwait terutamanya dalam bidang Petroleum dan IT. Sebagai rakyat Malaysia kita harus rasa bangga dan berusaha untuk mengekalkan reputasi rakyat Malaysia di perantauan. Setelah titah Tuanku, majlis santapan dimulakan. Sepanjang bersantap Zeryn dpt melihat yang Tuanku tidak pun menjamah hidangannya tetapi matanya memerhati seorg demi seorg dari meja ke meja rakyat2 Tuanku di siniKetika asyik bersantap pihak Istana telah mengagihkan cenderahati drpd Istana Negara kepada semua hadirin. Setelah selesai bersantap, sekali lagi Tuanku telah mencemar duli utk bersalaman dgn semua rakyat yg hadir. Zeryn dan isteri juga mengambil peluang tersebut bg bersalaman dgn Agong dan Permaisuri Malaysia. Akhir kata, pihak Malaysian Embassy dan Sheraton Hotel telah mengendalikan majlis dan menyediakan makanan dgn begitu baik sekali. Pengalaman ini akan menjadi satu kenangan yg tidak akan dpt dilupakan oleh Zeryn dan isteri.

Wednesday, December 3, 2008

Kisah Wartawan

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang.
Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay.

Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut. Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir.

Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.


"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.
"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan.

Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan.

Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu."A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara."Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu."Kalau dah tak dara kenapa kentut.

Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!



Kih kih kih..

Thursday, November 27, 2008

Handycam utk dijual

Pengumuman buat kawan2 se mesia, samada yg berada di Mangaf, Abu Halifa ataupun Kuwait City, BERITA BAIK!!.. Tawaran HEBAT!!
Sorang kawan kita yg berada di Mangaf, orang panggil dia Awie Bess, telah membuat keputusan bahawa beliau hendak menjual handy camnya yg berjenama Sony DCR-SR45. Mempunyai memori berkapasiti 30 GB( HDD), 40 x Optical Zoom, lengkap dgn beteri spare, beg yg bergaya, USB cable, nnngecas dan juga DVD panduan.
Sesiapa yg berminat boleh la menghubungi belaiu melalui email zawawimusa@gmail.com, or just leave yur phone no in this posting's comment. You'll not be disappointed! Harga, KD100 (nego). Jgn lepaskan peluang keemasan ini!! Cepat2!! Jaldee 2 (indian) Sur'an!! Sur'an!! (arabic). Hehehehe....

Saturday, November 15, 2008

Peugeot 407

Kini tibalah giliran En Sabri pula menunjukkan belangnya dgn pembelian kereta Peugeot 407. Sememangnya belaiu tidak tersalah pilih dalam pembelian kereta tersebut kerana dikalangan kami semua, hanya kereta beliaulah yg paling mempunyai ciri Aerodinamik. Dasat ek En Sabri ni ekk..
Kini beliau bahagia di Q8 ini bersama family beliau. Kalau dulu belaiu x berkereta, sekarang beliau x perlu berungut lagi tentang masalah transportation. Tabik spring buat En Sabri, semoga beliau akan terus berjaya di Q8 ini, bersama family dan Peugeot 407 beliau.!!!!

Friday, November 14, 2008

Thursday, November 6, 2008

Musim Haji thn 1953










p/s : Sape2 yg berminat dan berazam utk tunaikan haji pada masa terdekat ni, thn depan Insyallah kitorang akn konvoi ramai2 ke Makkah dgn berkereta. So, berhijrahlah sedara2 sekalian dgn kadar segera!! :-)

Tuesday, November 4, 2008

Dinar Emas

1. Dibawah adalah petikan dari laman blog www.chedet.com .  Semoga kita bole nilai pandangan beliau...
2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110  juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Sunday, November 2, 2008

Trip Memancing Egaila Beach 1st Nov

Bersama Mat Napi dan C240

Napi atau Bouyet, telah memajukan diri beliau selangkah dihadapan dgn pembelian Mercedes C240. Beliau pernah dipanggil Penyesal Abadi kerana beliau rasa kedatangan beliau kesini pernah dianggap sebagai satu kesilapan besar dalam hidup beliau.Tapi pada hakikat rupa2nya tidak begitu. Bouyet dgn cepatnya boleh membiasakan diri beliau dgn kehidupan di Q8 ini. Beliau berjaya menempatkan diri beliau sebagai org yg paling disegani dikalangan Technologist disini dgn bakat semula jadi yg beliau ada. Sekarang beliau memegang jawatan sbg seorg S.A.C disini (lbh kurang PSM la kt PPT)Sape sangka, dia adalah org mesia pertama berjaya memiliki Mercedes dgn harga KD4000. Condition masih mantap, enjin 2.4 V6 nya cukup bertenaga, sesuai dgn citarasa beliau yg mana dahulu semasa di PPT beliau adalah seorang kaki kobek kete.

Sekarang ni kami tgk langkah Napi dah makin panjang selepas beliau beli kete ni. Asik xlekat kat umah je. Rupa2nya beliau dah selalu ke city, berderat2 dgn anak bini beliau. Kami rasa beliau dah bahagia kat cni. Tiada lagi riak2 penyesalan di wajah beliau.

Syabas Bouyet! Selamat Maju Jaya!!

Friday, October 31, 2008

2008 Subaru Impreza

Awie Bess, telah maju setapak lagi dgn pembelian kereta Subaru Impreza 2008, kerana hasutan kami. Tetapi nampaknya pembelian kete ni merupakan satu pelaburan yg berbaloi kerana ianya adalah sebuah kereta yg baru (walaupun 2nd hand), mileage baru je mencecah 3000 km. Kami rasa kete beliau baru di gohead oleh tuan asalnya dalam 3 bulan, and then lepas tu terus dijual dgn harga yg sangat2 murah.
Salah seorang dari kami, iaitu Hanafi telah mengatakan kepada kami "nasib baik kete ni manual, kalau x, mau aku bertumbuk dgn Awie". Sabri pula mencelah, " aku tubait air mata tgk ke kete nim.." Begitulah betapa jelesnye kami terhadap kete baru Awie ni. Ntah kenapa, bukannya lawa sgt pun.. kete kecikkk...
Apabila kami menginterview si Awie ni, beliau berkata "Kawe terharu sebab akhirnya kawe tidak lagi berhadape denge masaloh keto punoh, enjin gegar dikalo warm up pagi2 dan air cond x sejuk selepas berjemur di tengoh panas. KAwe amat2 berterima kasih kepada mat Bouyet sebab tlg kawe.. keh keh keh.."
Dengan no pletnye yg agak lawo, kami semua amat2 la berbangga dgn si Awie bass kerana pembelian kete kedua beliau. Semoga dgn pembelian kete ini tidak lagi beliau merungut tentang masalah kereta yg pernah dialaminya suatu ketika dahulu.Wallah, ni'mat!! Alhamdulillah...

Thursday, October 30, 2008

Friday, October 24, 2008

Kete Raje... jeng jeng jengggg...



Salam

Raje.. dulu orang kenal dia sbb kete Proton Gen2 idamannye. Sungguh.. kerana hampir setiap hari beliau memuji kehebatan keretanya kepada rakan2 taulannya. Memang kereta Gen2 nya cukup hebat. Tapi aku xnak la citer pasal keter Gen2 nya kat dalam ni sbb kete tu ada kat Mesia, Mek dia yg gohead kot. Lagipun aku dh x heran dh, kat cni belambak Gen2 dijadikan Teksi sapu... hehehehhe...
Aku nk citer pasal bakal kete Raje kat cni, iaitu kete sama ngn Ust Nasri, Mitsubishi Outlander. Kereta itu bakal dibelinya xberapa lama lagi. Bagi aku kete ni lagi hebat jika dibandingkan dgn Gen2 nya yg kini berada di Mesia. Berikut ada specifikasi bakal kete barunya:

• 
2,360 cc 2.4 liters in-line 4 front engine with 88.0 mm bore, 97.0 mm stroke, 10.5 compression ratio, double overhead cam, variable valve timing/camshaft and four valves per cylinder 4B12
• 
Unleaded fuel 87
• 
Multi-point injection fuel system
• 
15.8 gallon main unleaded fuel tank 13.2
• 
Power: 125 kW , 168 HP SAE @ 6,000 rpm; 167 ft lb , 226 Nm @ 4,100 rpm !!!!


Cuba la byg kan sedara2 sekalian betapa hebatnya bakal kete si Raja a.k.a Mat Tapau ni. Aku berasa gembira sebab Raja telah telah membuat pilihan yg tepat kali ni dalam memilih kenderaan utk kegunaan berulang alik keje dan beriadah bersama keluarganya yg tercinta. Tapi, hati2 beb, mum xdop pengalaman mana agi meluncur di jalan raya di Q8 ni, mate tu kena liar ckit neh... ahaks....

Wednesday, October 22, 2008

Audi A6




Ajerin.. seorang yg sinonim dgn kete, malah layak digelar kaki kete... kerana semasa dia di Mesia dahulu dia adalah seorang kaki kobek kete. Sape yg x kenal Zerin Mazdaspeed Dungun? Kalo korang xkenal,  maka korang bukan kaki kete. Ketenye Mazda B8 turbo nya yg telah di modifiednya dulu cukup power. Seringkali menang sprint test kat Kijal. Ketenye cukup laju hingga kan menjadi idola para kaki2 kete yg lain bukan sahaja di Dungun sahaja, malah di saentaro Dunia. hehehehe...
Sekarang, beliau dah berada di Kuwait. Minat nya yg mendalam terhadap kete telah membawa kepada terbelinya sebuah Audi A6 thn 2002. Beliau amik kete tu pada harga 1900 KD (darab 13 utk nilai RM) . Aku bersama beliau semasa test drive kete nie. Pehh.. sememangnye beliau x tersilap beli. Kete Audi A6 ni mmg terbukti power bukan sahaja di medan lumba, malah di jalan raya sekalipun. Dengan enjin 2.8 V6 nya sudah mampu utk beliau memotong kenderaan2 lain di King Fahad Expressway no 30 dgn kelajuan melebihi had iaitu 190 km/sejam !! Dgn hanya memegang stereng sebelah tgn beliau memuji kehebatan kerete ini.
Namun menurut beliau, utk jangka masa panjang beliau hanya guna kete ini sebagai 2nd car, sbb xlama lagi dia mungkin akan beli kete yg lebih power lagi iaitu Chevrolet Lumina SS 5.0 V8 yg mana disini boleh dibeli dgn harga yg x berapa mahal.
Aku ucapkan tahniah la kepada Si Ajerin kerana telah berjaya mendptkan kereta idaman nya dan nasihat kepada nya, berhati2 dijalan raya kalo takot kena kejar dek Polis Trafik.
Sekian dulu...

Sunday, October 19, 2008

Acara Memancing di KOC Spring Camp









Salam

Thn 2007, pertengahan November, dalam musim yg sedang bertukar dari musim panas ke musim sejuk, outside temperature sekitar 12 degree C, maka berlangsungnya acara memancing di KOC spring Camp. Aku dan Nazri adalah antara warga Mesia yg baru sampai telah dijemput utk menyertai acara ini. Megat pun dah ada pada masa tu, mamat tu baru je sampai x sampai pun lagi seminggu. Tapi apabila dia dijemput, Megat tolak sebab dia x bape suke sgt aktiviti mancing ni, ntah la sebab apa aku pun xtau. 
Maka bertolak la aku dgn menaiki Nativa si Sukri ke KOC Spring Camp yg aku rasa jauh dia lbh kurang 40 km la.. aku pun dah lupe sbb citer ni thn lepas nye citer. Di pertengahan jalan aku nampak bnyk unta2 yg dibela sedang meragut rumput. Maka sampai je kat sana, selepas bersapa dgn orang2 Mesia yg lain, x membuang masa kitorang pun mancing la... aku x dapat sekor haram pun, bosan punya pasal aku amik je lah gambar2 suasana ditepi pantai dan gelagat orang2 Mesia bila mancing di tanah yg gersang ni.
Ikan2 yang naik atu aku pun x kenal mana sangat, melainkan bawal putih jelah yg aku tau yg hanya 2 ekor je yg naik. Ikan bawal kat cni mahal tapi bnyk dijual di pasar2 basah di sekitar Q8. Aku pun mcm biasalah tumpang bergambar dgn ikan yg orang pancing.
Malam barulah kitorang balik semula ke Fahaheel, jumpa si Megat yg tgh keboringan melepak kat Rotana Hotel xde member. Kitorang pekena Porata (Roti canai) ngn kari kambing dan lepas tu balik la kerumah kami yg terletak di area Souk Sabah yg jaraknya lbh kurang 15 minit jalan kaki. Sukri yg tolong hantarkan.
Skarang ni dah nk masuk bulan 11 dan suhu dah jatuh slow2, musim memancing dah hampir tiba! Nanti aku akan post yg latest tentang aktiviti memancing kat cni terutama di KOC spring camp ni Insyallah. sekian dulu...