Test Internet Speed Laptop/PC Anda!!

Saturday, December 6, 2008

Kunjungan DYMM Seri Paduka Baginda Yg Dipertuan Agong Ke Kuwait

Pada 01/12/08 yg lalu, Tuanku telah mencemar duli utk bersama-sama rakyat Malaysia di Kuwait untuk majlis santapan tengahari di Sheraton Hotel Kuwait. Kami semua berasa amat beruntung bagi menghadiri majlis tersebut tapi apakan daya kerana tidak mempunyai cuti kami terpaksa melupakan hasrat kami. Namun kami tetap berasa bangga kerana saudara Zeryn telah mewakili Malaysian Aromatics Equaters ke majlis tersebut.Boleh dikatakan peluang sebegini merupakan peluang sekali seumur hidup kerana bukannya senang untuk bertemu mata denganTuanku dan Permaisuri. Berbaloilah saudara Zeryn mengambil cuti dan membeli set pakaian rasmi bagi menghadiri majlis itu. Menurut Zeryn beliau amat berbangga mempunyai Sultan dan Agong seperti Tuanku. Ketibaan Tuanku dan rombongan ke majlis boleh dikatakan dalam suasana yang sederhana namun sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia di sini adalah amat membanggakan.Dalam majlis tersebut Tuanku telah bertitah yang Tuanku amat bangga dengan pencapaian dan kedudukan rakyat2 Malaysia di Kuwait terutamanya dalam bidang Petroleum dan IT. Sebagai rakyat Malaysia kita harus rasa bangga dan berusaha untuk mengekalkan reputasi rakyat Malaysia di perantauan. Setelah titah Tuanku, majlis santapan dimulakan. Sepanjang bersantap Zeryn dpt melihat yang Tuanku tidak pun menjamah hidangannya tetapi matanya memerhati seorg demi seorg dari meja ke meja rakyat2 Tuanku di siniKetika asyik bersantap pihak Istana telah mengagihkan cenderahati drpd Istana Negara kepada semua hadirin. Setelah selesai bersantap, sekali lagi Tuanku telah mencemar duli utk bersalaman dgn semua rakyat yg hadir. Zeryn dan isteri juga mengambil peluang tersebut bg bersalaman dgn Agong dan Permaisuri Malaysia. Akhir kata, pihak Malaysian Embassy dan Sheraton Hotel telah mengendalikan majlis dan menyediakan makanan dgn begitu baik sekali. Pengalaman ini akan menjadi satu kenangan yg tidak akan dpt dilupakan oleh Zeryn dan isteri.

2 comments:

WalkingWithRemboe™ said...

smart ah mum zryn...macam ge datuk doh...:)

Anonymous said...

hehhehe....bila lg nok rase mboe.....