Test Internet Speed Laptop/PC Anda!!

Friday, February 20, 2009

Aduh la Spring Camp 20hb2 2009

Personally aku wase xlarat benar nk berpoya2 hari ni, sbb dari ahad sampai Khamis , xtvt aku kt tmpat keje bnyk sgt, field check, final box up, loop check, ni besok (sabtu) pun aku kena keje gak.. aduss la.. bila masa aku nak rehat. Tapi xpe, pulangan nye lumayan.. yiiihauuu!!!!
KOC Spring Camp hari ini diteruskan dgn xtvt gathering, memancing dan bbq. Except Raja, Pezal dan Megat je yg x dapat serta kerana komitmen keje. Joe dah kali kedua datang cni ngail. Toba pun kaki dah makin panjang sbb xlama lagi dia nk beli kete dah.. hehehe
Tadi aku sempat wat naik 2 ekor je, sekor Buntal dan sekor selar kuning (mcm nama ular je, betul ke x aku eja ni?) Aku dah malas sebenarnya nk mancing ni.. Aku rasa dah terlampau banyk dah hobi aku.. aku sendiri pun pening mana nak priority dulu. Mancing aku rasa hobi yg sgt memenatkan. Jalan2 disekitar Kuwait ni pun dah habis seme tempat dah dijelajah. Blogging pun makin lama makin buntu idea aku. Yg aku ada sekarang ni adalah fotografi. Personally aku lbh suka fotografi dari blogging. Bole cek kawe punya Flickr kalau korang nk tgk hasil2 keje aku.. ehhh ape yg dah aku merepek ni..??
Berbalik pada topik mancing.. Joe aku tgk dia dapat gk 3 ekor kalau x silap aku.. besar2 plk tu. Tapi aku x sempat nak snap gmbar dia ngn ikan. Skill mancing dia masih ada lagi, walaupun sekarang dia dh jadi pemain golf amatur. Toba bnyk gk naik tadi, 6 ekor. seme besar2 tapak tgn dia.. Zerin plak bersaing ngn anak dia Iman tu, mungkin sebab rasa diri dia tercabar sbb anak dia yg umo 9 thn tu berjaya naikkn ikan sebesar kepala dia sendiri, so Zerin stay smpai pkl berapa ntah kat tepi pantai tu semata2 menunggu ikan yg lbh besar dari kepala anak dia.. hehehehe.. Akhirnya berjaya gk beliau naikkn dan dgn x tahu erti malu, beliau mengumumkan diri beliau sebagai Juara Joran KOC hari tu.. huhuhu.. haru2...

Uhhh aku dah penat menaip nie.. Kat sini aku sajikan gambar2 yg sempat aku rakam masa kawan2 tgh naikkn ikan. Aku sendiri pun x amik gmba aku. sbb sibuk pasang umpan, baling, tarik, tukar umpan, baling... yg dapat hanya la umpan, x pun mata kail je... Wt penat aku berdiri ade laa.. Tapi aku tumpang gembira sbb aku tgk kawan2 lain leh sampai mengilai2 sbb terlalu gembira dgn hasil tangkapan mereka. Nitekk air mata aku huhuhu..
Yg paling aku kagum adalah En Sabri kita.. sebab dalam hidup beliau yg sudah 27 thn ni, ni je baru pertama kali beliau terjun dalam bidang memancing ni utk mengikut jejak hantu2 ikan seperti Napi, Toba dan Zerin. mungkin azam beliau utk thn 2009 ni adalah utk menjadi pemancing handal dan bertauliah seperti mereka dan keluarga mereka. Xpun just utk menaikkn sekor ikan sebagai ikan pertama dalam hidup beliau.... dan seperti yg di'azam'kan, nmpaknya hari ni adalah hari yg bersejarah buat Sabri sebab dia bjaya naikkn seko ikan selar kuning yg besar tapak tgn anak dia...hehehe... aku sungguh gembira sebab aku tgk wajah nya berseri2 sebaik saja menaikkn ikan tersebut. Tahniah la Beri, walaupun x pandai nak baling batu ladung, mung dah bejaya wat naik ikang..Wajib tabik!!

Penat la aku menaip.. mcm gk kepala otak aku ni, penat nak mikir mende nak taip nih.. sebagai penamat aku sajikan dua keping gmbar yg dah aku 'HDR' kan utk tatapan sedara2 sekalian.
Sabri dan batang joran, sedia utk dibaling ke tgh laut...
Joe berlagak katang dgn berlatar belakang jambatan KOC...