Test Internet Speed Laptop/PC Anda!!

Tuesday, July 7, 2009

Fuyyoooo....



Nanti aku post citer kete mesia kt kuwait plk.. thn depan kot... muahahaha!!!

Wednesday, June 17, 2009

Epi Beday Megat!!!



Hepi besday Megat Badrul Hisham. Semoga Pnjg Umo dan Murah la Rezeki kitorang huhuhuhu...

Saturday, May 16, 2009

Antara Dua Sahabat ... Antara Dua Dunia yg Berbeza...

Tujuan sebenarnya aku publish post ni bkn ape, sbb dah lama x post, sebelum aku balik mesia khamis depan (21st Mei) at least aku postkan gmbar2 ni utk tatapan kawan2 kt Mesia yg merindui sorang kawan kita ni.. Gmbar Mat Arab yg kat sebelah beliau ni adalah kawan baik Toba. Mat ni nakal ckit, dalam APD dia la yg paling nakal. Kalau sembang ngn mat ni, mmg xkering gusi, asik gelakk je. So, org mesia yg paling rapat ngn beliau adalah Toba. Banyak dah MAt ni berjasa kat beliau.
Dia dua org ni satu shift. Dua orang ni memenag xbole nk dipisahkan. Setiap kali Toba nak turun gi unit, dia mesti nak ikut sama. Biar la betapa berat sekalipun keje2 commisioning kat E**ATE ni, dia sanggup turun. Sape yg x tau perangai pemalas Kuwaiti ni. Tapi disebabkan ada Toba, otomatik Mat Arab ni rajin. Aku xtau kenapa... Aku harap, persahabatan korang akan berkekalan biar ape pun halangan menimpa kalian. MABROOK Toba. Demo dah ada Abang kat Q8 nih.. hehehe...

Toba dah dilantik sebagai Backup DCS Operator, disebabkan kerajinan dan competencies yg dimiliki beliau. Toba adalah simbol kebanggaan rakyat mesia yg bkerja di E***TE ni. Dari itu, aku harap, kesungguhan dan kerajinan demo akan membawa kejayaan yg lbh besar kepada demo dimasa hadapan...

Candle Light Besday di rumah Napi

Perghh.. tensen.. semalam blackout plak... Rumah kitorang pun kena skli. Aku yg dah pindah pun kena gak. Nasib baik btulla mlm tu Mat Napi ada buat makan2 ckit, sempena beday anak dia.
Kitorang baru balik keje time tu. Actually dari siang tadi xde karen. Mat Napi pun keje gak, tapi beliau tembo awl lagi nk kejar persiapan. Habis lilin kat kedai beliau yg sapu.
Tapi yg paling syok, walaupun xde karen, tapi still majlis tu disambut meriah. Mlm tu ramai gak org2 mesia yg ada kt kuwait ni datang ke majlis ni, dari Abu Halifa hingga ke Kuwait City. Walaupun xde karen, masing2 menjamu selera dgn gelojohnye (huhuhu)
Memang x dinafikan, bnyk keburukkannya kalau xde karen ni, tambah2 lagi yg duk sorang mcm aku nih. Dalam gelap, seme benda bleh datang dalam kepala. Tapi at least, kitorang enjoy makan2, sembang2 n gelak2 kat rumah napi malam tu. Blackout x dapat menghalang dari memeriahkan majlis Napi.
Sekitar jam 9 lbh baru ada karen... tu pun 4 biji generator dari MEW (Ministry Of Electricity & Water) datang utk memulihkan keadaan. dari malam bawak ke tgh hari (skrg ni jam 115), generator tu still jalan. Aku nak kuar jap agi gi Sultan Centre, nak carik lampu besor yg cas tu. Gile kalau dibuatnya xde karen malam ni.. cmne aku nak tido... eee momok....

Thursday, April 2, 2009

Walimatul Urus

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa sorang member Kuwait kita iaitu Zawawi Musa a.k.a awie bess akan melangsungkan perkahwinan dgn gadis pilihan beliau di Kg Kuala Tayo, Kemaman, Terengganu pada 29 Mei nanti. Kepada kawan2 yg berada dekat dgn Kemaman, xkiralah Kerteh ke, Paka ke, Dungun, Kuantan dan dimana2 sahaja anda berada walaupun di Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Saudi malah Kepulauan Fiji sekalipun, kedatangan anda semua adalah amat dialu2kan utk memeriahkan majlis ini nanti.Dan x lupa juga majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki bertempat di kampung beliau di tanah merah , Kelantan pada 2 Jun 2009 (dalam kad jemputan siap ada peta). So pada kawan2, sedara mara beliau, samada kenal ataupun xberapa kenal, silalah datang beramai2 utk memeriahkan lagi majlis ini. Semoga dengan kedatangan sedara sedari, encik2, tuan2, puan2, Dato'/ Datin, Tan Sri/Tun, Tuanku/Tengku akan memeriahkan lagi majlis yg sederhana ini. Terima Kassseeyyyy!!!
On Behalf on MaM

Friday, February 20, 2009

Aduh la Spring Camp 20hb2 2009

Personally aku wase xlarat benar nk berpoya2 hari ni, sbb dari ahad sampai Khamis , xtvt aku kt tmpat keje bnyk sgt, field check, final box up, loop check, ni besok (sabtu) pun aku kena keje gak.. aduss la.. bila masa aku nak rehat. Tapi xpe, pulangan nye lumayan.. yiiihauuu!!!!
KOC Spring Camp hari ini diteruskan dgn xtvt gathering, memancing dan bbq. Except Raja, Pezal dan Megat je yg x dapat serta kerana komitmen keje. Joe dah kali kedua datang cni ngail. Toba pun kaki dah makin panjang sbb xlama lagi dia nk beli kete dah.. hehehe
Tadi aku sempat wat naik 2 ekor je, sekor Buntal dan sekor selar kuning (mcm nama ular je, betul ke x aku eja ni?) Aku dah malas sebenarnya nk mancing ni.. Aku rasa dah terlampau banyk dah hobi aku.. aku sendiri pun pening mana nak priority dulu. Mancing aku rasa hobi yg sgt memenatkan. Jalan2 disekitar Kuwait ni pun dah habis seme tempat dah dijelajah. Blogging pun makin lama makin buntu idea aku. Yg aku ada sekarang ni adalah fotografi. Personally aku lbh suka fotografi dari blogging. Bole cek kawe punya Flickr kalau korang nk tgk hasil2 keje aku.. ehhh ape yg dah aku merepek ni..??
Berbalik pada topik mancing.. Joe aku tgk dia dapat gk 3 ekor kalau x silap aku.. besar2 plk tu. Tapi aku x sempat nak snap gmbar dia ngn ikan. Skill mancing dia masih ada lagi, walaupun sekarang dia dh jadi pemain golf amatur. Toba bnyk gk naik tadi, 6 ekor. seme besar2 tapak tgn dia.. Zerin plak bersaing ngn anak dia Iman tu, mungkin sebab rasa diri dia tercabar sbb anak dia yg umo 9 thn tu berjaya naikkn ikan sebesar kepala dia sendiri, so Zerin stay smpai pkl berapa ntah kat tepi pantai tu semata2 menunggu ikan yg lbh besar dari kepala anak dia.. hehehehe.. Akhirnya berjaya gk beliau naikkn dan dgn x tahu erti malu, beliau mengumumkan diri beliau sebagai Juara Joran KOC hari tu.. huhuhu.. haru2...

Uhhh aku dah penat menaip nie.. Kat sini aku sajikan gambar2 yg sempat aku rakam masa kawan2 tgh naikkn ikan. Aku sendiri pun x amik gmba aku. sbb sibuk pasang umpan, baling, tarik, tukar umpan, baling... yg dapat hanya la umpan, x pun mata kail je... Wt penat aku berdiri ade laa.. Tapi aku tumpang gembira sbb aku tgk kawan2 lain leh sampai mengilai2 sbb terlalu gembira dgn hasil tangkapan mereka. Nitekk air mata aku huhuhu..
Yg paling aku kagum adalah En Sabri kita.. sebab dalam hidup beliau yg sudah 27 thn ni, ni je baru pertama kali beliau terjun dalam bidang memancing ni utk mengikut jejak hantu2 ikan seperti Napi, Toba dan Zerin. mungkin azam beliau utk thn 2009 ni adalah utk menjadi pemancing handal dan bertauliah seperti mereka dan keluarga mereka. Xpun just utk menaikkn sekor ikan sebagai ikan pertama dalam hidup beliau.... dan seperti yg di'azam'kan, nmpaknya hari ni adalah hari yg bersejarah buat Sabri sebab dia bjaya naikkn seko ikan selar kuning yg besar tapak tgn anak dia...hehehe... aku sungguh gembira sebab aku tgk wajah nya berseri2 sebaik saja menaikkn ikan tersebut. Tahniah la Beri, walaupun x pandai nak baling batu ladung, mung dah bejaya wat naik ikang..Wajib tabik!!

Penat la aku menaip.. mcm gk kepala otak aku ni, penat nak mikir mende nak taip nih.. sebagai penamat aku sajikan dua keping gmbar yg dah aku 'HDR' kan utk tatapan sedara2 sekalian.
Sabri dan batang joran, sedia utk dibaling ke tgh laut...
Joe berlagak katang dgn berlatar belakang jambatan KOC...

Wednesday, January 21, 2009

Welcome Party, Joe Belanja Nandos!!

Tradisi 'Welcome Party' atau dgn perkataan yg lbh tepatnye 'Mengepau' diteruskan lagi sempena ketibaan sorang lagi rakan baru dari PPT, iatu Joe a.k.a Samjo (you can call him Parjo.. as you like). Utk pengetahuan pembaca, mmg upacara ini akan diadakan sempena menyambut kawan2 baru yg dtg dari Mesia, semenjak kedatangan Mat Napi dan Toba dulu. So, yg baru dtg ni, bila dh dapat 1st duit dari E***te, dia kena belanja la, kat mana lagi kalau bukan kat Nandos!
Malam tadi, hampir seme ahli2 MaM ikut, iaitu Raja (dia x tapau dah skang ni, asik kene bakar je nge Zerin), boss Megat, Mat Napi dan teman beliau Man Toba, Berry (ahli termuda), Najeri dan juga dua org dari EBSM iaitu Man Taro & Mazlan, dan xlupa juga bakal org kaya bulan Januari, iaitu si Ajerin Ajaddin (sbb dia menang kutu utk bln ni).
So hidangan mlm tadi adalah ayam bakar la, ntah ape nama dia aku pun xtau. Aku bkn biasa mkn Nandos ni. Maklumla org kampung. Masing2 melahap ayam2 dgn lahap sekali, seumpama rimau yg dah kebululur sebulan x makan gamaknya. Umpama Jimanakrimau la.. Aku tgk2 joe asik jeling2 je kat man toba, sbb beliau makan dgn gelojohnya. Man toba x layan stabok Joe.
Bila dah hbis mkn2, kitorang borak2 smbil mengilai2 (hehehehe ntah ape2 la) dan sorang demi sorang masuk jamban sbb perut dah mula menunjukkan sign utk 'purging'. Paling lama skli masuk jamban adalah si Ajerin la... dekat 10 minit beliau termenung dalam tu. Utk pengetahuan seme, Jo abis dlm KD40 mlm tu ( minus KD 5 sbb Joe kekurangan dana, ntah sape yg topap). So, korang bygkanla orang2 kaya kat Q8 ni mkn kat cni, kalau convert tu dh dekat RM500 dah tu. Joe aku tgk nak sengeh x jadi, nk menangis x jadi...tapi dah nk buat mcmana,dh memang adat orang tua2 kat cni... hehehehe...
Insyallah, tradisi ni akan diteruskan lagi apabila datang lagi org Mesia yg datang ke cni nanti... Alhamdulillah, kenyang perut den.. Mekasih Joe...

Kawe balik mesia esk, cuti hingga 6hb nanti, so next posting kalau org nak contribute, kawe dh upah penulis luar, Zerin dan Najeri. Kalau ada citer menarik, tlg la post... hehehehe...