Sempena sambutan hari raya Aidiladha, kami warga Malaysia yg menetap di Kuwait telah dijemput oleh pihak kedutaan utk menunaikan solat sunat Aidiladha bertempat di Kedutaan Besar Malaysia. Kami set2 Equate Aromatics di Mangaf juga tak ketinggalan untuk menghadirinya.
Upacara dimulakan dgn solat sunat Aidiladha yg diimamkan oleh salah seorang pelajar Malaysia. Kemudian disusuli pula dgn bacaan khutbah Aidiladha yg disampaikan juga oleh salah seorang lagi pelajar Malaysia.
Selesai bacaan khutbah, kami dijemput utk menghadiri upacara makan-makan yg telah disediakan oleh pihak kedutaan. Semua menu yg disediakan adalah masakan2 Malaysia seperti nasik himpit, rendang ayam, kari kambing, roti canai (pun ada tau) dan juga beraneka jenis kuih muih dan biskut raya.
Sambil2 mengunyah makanan, kami beramah mesra antara satu sama lain yg mana ramai di antara kami yg belum pernah mengenali antara satu sama lain. Rata2 warga Malaysia adalah dari kalangan pelajar yg belajar di Kuwait University, pekerja Ericsson, dari sektor minyak khususnya dari KOC dan juga dari private sector, Equate contohnya.
Antara set2 Equate Aromatics yg hadir pada siang tadi adalah Megat & Family, Najeri n anak2, Ajerin dan family, Sabri n family, Raje n family, penulis dan juga Man Toba yg masih tak bawak2 family dia sampai sekarang. Tadi Man Toba mengadu kat Penulis, "kalu rayo kg kan best... ni mesti loni tgh bakar sate daging nim".. mcm tu lah lebih kurangnye rintihan mantoba kepada penulis. Tapi ape penulis mampu buat, just masukkan jelah ape yg dia kate dalam post kali ini.. hehehe... buntu idea beb... Tadi terlebih kambing masuk dalam perut.. Sekian dulu. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. AMPUN DAN MAAF DARI SET2 EQUATE AROMATICS BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA KEPADA MEREKA YG MENGENALI KAMI DI PETRONAS. EID MUBARAK!!
Test Internet Speed Laptop/PC Anda!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment