Salam
Thn 2007, pertengahan November, dalam musim yg sedang bertukar dari musim panas ke musim sejuk, outside temperature sekitar 12 degree C, maka berlangsungnya acara memancing di KOC spring Camp. Aku dan Nazri adalah antara warga Mesia yg baru sampai telah dijemput utk menyertai acara ini. Megat pun dah ada pada masa tu, mamat tu baru je sampai x sampai pun lagi seminggu. Tapi apabila dia dijemput, Megat tolak sebab dia x bape suke sgt aktiviti mancing ni, ntah la sebab apa aku pun xtau.
Maka bertolak la aku dgn menaiki Nativa si Sukri ke KOC Spring Camp yg aku rasa jauh dia lbh kurang 40 km la.. aku pun dah lupe sbb citer ni thn lepas nye citer. Di pertengahan jalan aku nampak bnyk unta2 yg dibela sedang meragut rumput. Maka sampai je kat sana, selepas bersapa dgn orang2 Mesia yg lain, x membuang masa kitorang pun mancing la... aku x dapat sekor haram pun, bosan punya pasal aku amik je lah gambar2 suasana ditepi pantai dan gelagat orang2 Mesia bila mancing di tanah yg gersang ni.
Ikan2 yang naik atu aku pun x kenal mana sangat, melainkan bawal putih jelah yg aku tau yg hanya 2 ekor je yg naik. Ikan bawal kat cni mahal tapi bnyk dijual di pasar2 basah di sekitar Q8. Aku pun mcm biasalah tumpang bergambar dgn ikan yg orang pancing.
Malam barulah kitorang balik semula ke Fahaheel, jumpa si Megat yg tgh keboringan melepak kat Rotana Hotel xde member. Kitorang pekena Porata (Roti canai) ngn kari kambing dan lepas tu balik la kerumah kami yg terletak di area Souk Sabah yg jaraknya lbh kurang 15 minit jalan kaki. Sukri yg tolong hantarkan.
Skarang ni dah nk masuk bulan 11 dan suhu dah jatuh slow2, musim memancing dah hampir tiba! Nanti aku akan post yg latest tentang aktiviti memancing kat cni terutama di KOC spring camp ni Insyallah. sekian dulu...
No comments:
Post a Comment