Tahun 2007, bulan berapa, dh lupe, satu gelombang kejutan melanda, agak2 mcm gelombang Tsunami gitu, melanda warga ...SB, khususnya warga Aromatics. Gelombang tersebut datang dlm bentuk iklan dalam suratkhabar The Star je (Sabtu, tarikh aku pun dah lupe) dan juga dari hebahan rakan2 sekerja. Memula sekali aku x tertarik sgt dgn berita tersebut. Berita mengenai Equate Petrochemicals (tempat kami keje sekarang) memerlukan tenaga pekerja mahir dari Malaysia. Dalam aku x minat tu, aku hantar lah jugak resume kat sorang kawan aku tu, nama dia Nasri, org panggil dia Ustak Nasri. Mamat tu pun apply jgk..
Thn yg sama, bulan May, tetibeee je... aku dapat satu phone call, dari satu org Filipina. Dia cakap nama aku dah shortlisted utk ditemuduga bagi jawatan Field Operator (jawatan dulu, kini dan mgkin selamanya..). Ntah camana aku jadi seronok pulok. Lepas tu dgr lagi berita sorang2 kawan aku yg ada terima call yg sama... Maka selepas disetting bbaik punya tarikh dan waktu maka kitorang (kalo x silap masa tu ada jgk dlm 15 org) beramai2 berangkat ke sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Kuantan dimana bermulanya detik2 bersejarah dalam hidup kami semua.
Maka nak dipendekkan cerita nya.. (aku pun xlarat nk tulis kronologi cmni panjang2) selepas menjawab English test dan mengadap penemuduga dari Equate iaitu Mr Ali Ahmad Ghuloom dan Mr Abdullah Hamada, maka x berapa lama, maka nama calon2 yg hendak ke Q8 diumumkan.. Alhamdulillah nama aku pun ada jugak bersama2 dgn 7 kawan aku yg lain. Maka persiapan pn dibuat diantaranya Medical Checkup, Passport, formalities itu dan ini.. dan banyak la lagi yg memeningkan kepala aku..
Maka bulan Oktober 2007, 16hb, hari raya ke-4, aku dgn relanya berangkat ke bumi Anbiya' ini dgn niat suci utk mencari sedikit rezeki.. Alhamdulillah, pesawat Qatar Airways yang aku naikki mendarat di Kuwait International Airport pada keesokkan harinya (17hb).
Masa tu turunnya aku menjejakkn kaki buat kali pertamanya di bumi berpasir ini, menghirup udara Kuwait ni, first impression aku adalah..." Maaak aii... panasnye matahari kat cni (sebenarnya x berapa panas pun sbb masa tu musim tu tgh nk bertukar). Igt lagi outside temperature 36 degree C. Mmg la jauh lagi panas dari kat Mesia.
Selepas semua formalities selesai, aku ditempat kan di sebuah hotel terkemuka di Kota Fahaheel, nama dia Al Manshar Rotana Hotel (mcm padang mahsyar plk nama dia ekk..?) Aku ditempatkan disitu selama sbln lebih. Maka, sorang demi sorang kawan aku datang menyusuli aku..
Selang 4 hari, Nazri a.k,a Najeri a.k.a Abg Long pun menjejakkan kaki di Q8, disusuli dgn Megat (November.. musim sejuk), 2 bulan selepas itu Azrin a.k.a Ajerin, dan x berapa lama disusuli dgn Si Hanafi a.k.a Bouyett dan Shariman a.k.a Toba, lepas tu Sabri a.k.a Beri dan selepas Sabri, xbape lama datang pulak Si Raja a.k.a Mat Tapau ngn Faizal a.k.a Cagu a.k.a Urek.. cukuplah sembilan beradik ni membiak di bumi Q8 ini, dan mungkin akan datang lagi kawan2 kami dari Mesia dan kami akan terus membiak disini ntah sampai bila nak berenti hehehe.... Insyallah.
Dua hari lepas (17hb Oct 2008) genaplah setahun aku mengular di tempat tandus dan gersang ni. Banyak citer2 yg menarik kami akan kongsi bersama dgn pengunjung2 laman blog ini ini Insyallah.. Sekian dulu...
No comments:
Post a Comment