Test Internet Speed Laptop/PC Anda!!

Friday, October 31, 2008

2008 Subaru Impreza

Awie Bess, telah maju setapak lagi dgn pembelian kereta Subaru Impreza 2008, kerana hasutan kami. Tetapi nampaknya pembelian kete ni merupakan satu pelaburan yg berbaloi kerana ianya adalah sebuah kereta yg baru (walaupun 2nd hand), mileage baru je mencecah 3000 km. Kami rasa kete beliau baru di gohead oleh tuan asalnya dalam 3 bulan, and then lepas tu terus dijual dgn harga yg sangat2 murah.
Salah seorang dari kami, iaitu Hanafi telah mengatakan kepada kami "nasib baik kete ni manual, kalau x, mau aku bertumbuk dgn Awie". Sabri pula mencelah, " aku tubait air mata tgk ke kete nim.." Begitulah betapa jelesnye kami terhadap kete baru Awie ni. Ntah kenapa, bukannya lawa sgt pun.. kete kecikkk...
Apabila kami menginterview si Awie ni, beliau berkata "Kawe terharu sebab akhirnya kawe tidak lagi berhadape denge masaloh keto punoh, enjin gegar dikalo warm up pagi2 dan air cond x sejuk selepas berjemur di tengoh panas. KAwe amat2 berterima kasih kepada mat Bouyet sebab tlg kawe.. keh keh keh.."
Dengan no pletnye yg agak lawo, kami semua amat2 la berbangga dgn si Awie bass kerana pembelian kete kedua beliau. Semoga dgn pembelian kete ini tidak lagi beliau merungut tentang masalah kereta yg pernah dialaminya suatu ketika dahulu.Wallah, ni'mat!! Alhamdulillah...

Thursday, October 30, 2008

Friday, October 24, 2008

Kete Raje... jeng jeng jengggg...



Salam

Raje.. dulu orang kenal dia sbb kete Proton Gen2 idamannye. Sungguh.. kerana hampir setiap hari beliau memuji kehebatan keretanya kepada rakan2 taulannya. Memang kereta Gen2 nya cukup hebat. Tapi aku xnak la citer pasal keter Gen2 nya kat dalam ni sbb kete tu ada kat Mesia, Mek dia yg gohead kot. Lagipun aku dh x heran dh, kat cni belambak Gen2 dijadikan Teksi sapu... hehehehhe...
Aku nk citer pasal bakal kete Raje kat cni, iaitu kete sama ngn Ust Nasri, Mitsubishi Outlander. Kereta itu bakal dibelinya xberapa lama lagi. Bagi aku kete ni lagi hebat jika dibandingkan dgn Gen2 nya yg kini berada di Mesia. Berikut ada specifikasi bakal kete barunya:

• 
2,360 cc 2.4 liters in-line 4 front engine with 88.0 mm bore, 97.0 mm stroke, 10.5 compression ratio, double overhead cam, variable valve timing/camshaft and four valves per cylinder 4B12
• 
Unleaded fuel 87
• 
Multi-point injection fuel system
• 
15.8 gallon main unleaded fuel tank 13.2
• 
Power: 125 kW , 168 HP SAE @ 6,000 rpm; 167 ft lb , 226 Nm @ 4,100 rpm !!!!


Cuba la byg kan sedara2 sekalian betapa hebatnya bakal kete si Raja a.k.a Mat Tapau ni. Aku berasa gembira sebab Raja telah telah membuat pilihan yg tepat kali ni dalam memilih kenderaan utk kegunaan berulang alik keje dan beriadah bersama keluarganya yg tercinta. Tapi, hati2 beb, mum xdop pengalaman mana agi meluncur di jalan raya di Q8 ni, mate tu kena liar ckit neh... ahaks....

Wednesday, October 22, 2008

Audi A6




Ajerin.. seorang yg sinonim dgn kete, malah layak digelar kaki kete... kerana semasa dia di Mesia dahulu dia adalah seorang kaki kobek kete. Sape yg x kenal Zerin Mazdaspeed Dungun? Kalo korang xkenal,  maka korang bukan kaki kete. Ketenye Mazda B8 turbo nya yg telah di modifiednya dulu cukup power. Seringkali menang sprint test kat Kijal. Ketenye cukup laju hingga kan menjadi idola para kaki2 kete yg lain bukan sahaja di Dungun sahaja, malah di saentaro Dunia. hehehehe...
Sekarang, beliau dah berada di Kuwait. Minat nya yg mendalam terhadap kete telah membawa kepada terbelinya sebuah Audi A6 thn 2002. Beliau amik kete tu pada harga 1900 KD (darab 13 utk nilai RM) . Aku bersama beliau semasa test drive kete nie. Pehh.. sememangnye beliau x tersilap beli. Kete Audi A6 ni mmg terbukti power bukan sahaja di medan lumba, malah di jalan raya sekalipun. Dengan enjin 2.8 V6 nya sudah mampu utk beliau memotong kenderaan2 lain di King Fahad Expressway no 30 dgn kelajuan melebihi had iaitu 190 km/sejam !! Dgn hanya memegang stereng sebelah tgn beliau memuji kehebatan kerete ini.
Namun menurut beliau, utk jangka masa panjang beliau hanya guna kete ini sebagai 2nd car, sbb xlama lagi dia mungkin akan beli kete yg lebih power lagi iaitu Chevrolet Lumina SS 5.0 V8 yg mana disini boleh dibeli dgn harga yg x berapa mahal.
Aku ucapkan tahniah la kepada Si Ajerin kerana telah berjaya mendptkan kereta idaman nya dan nasihat kepada nya, berhati2 dijalan raya kalo takot kena kejar dek Polis Trafik.
Sekian dulu...

Sunday, October 19, 2008

Acara Memancing di KOC Spring Camp









Salam

Thn 2007, pertengahan November, dalam musim yg sedang bertukar dari musim panas ke musim sejuk, outside temperature sekitar 12 degree C, maka berlangsungnya acara memancing di KOC spring Camp. Aku dan Nazri adalah antara warga Mesia yg baru sampai telah dijemput utk menyertai acara ini. Megat pun dah ada pada masa tu, mamat tu baru je sampai x sampai pun lagi seminggu. Tapi apabila dia dijemput, Megat tolak sebab dia x bape suke sgt aktiviti mancing ni, ntah la sebab apa aku pun xtau. 
Maka bertolak la aku dgn menaiki Nativa si Sukri ke KOC Spring Camp yg aku rasa jauh dia lbh kurang 40 km la.. aku pun dah lupe sbb citer ni thn lepas nye citer. Di pertengahan jalan aku nampak bnyk unta2 yg dibela sedang meragut rumput. Maka sampai je kat sana, selepas bersapa dgn orang2 Mesia yg lain, x membuang masa kitorang pun mancing la... aku x dapat sekor haram pun, bosan punya pasal aku amik je lah gambar2 suasana ditepi pantai dan gelagat orang2 Mesia bila mancing di tanah yg gersang ni.
Ikan2 yang naik atu aku pun x kenal mana sangat, melainkan bawal putih jelah yg aku tau yg hanya 2 ekor je yg naik. Ikan bawal kat cni mahal tapi bnyk dijual di pasar2 basah di sekitar Q8. Aku pun mcm biasalah tumpang bergambar dgn ikan yg orang pancing.
Malam barulah kitorang balik semula ke Fahaheel, jumpa si Megat yg tgh keboringan melepak kat Rotana Hotel xde member. Kitorang pekena Porata (Roti canai) ngn kari kambing dan lepas tu balik la kerumah kami yg terletak di area Souk Sabah yg jaraknya lbh kurang 15 minit jalan kaki. Sukri yg tolong hantarkan.
Skarang ni dah nk masuk bulan 11 dan suhu dah jatuh slow2, musim memancing dah hampir tiba! Nanti aku akan post yg latest tentang aktiviti memancing kat cni terutama di KOC spring camp ni Insyallah. sekian dulu...

Peristiwa Penghijrahan Beramai2 ke Q8 - Suatu Chronology


Tahun 2007, bulan berapa, dh lupe, satu gelombang kejutan melanda, agak2 mcm gelombang Tsunami gitu, melanda warga ...SB, khususnya warga Aromatics. Gelombang tersebut datang dlm bentuk iklan dalam suratkhabar The Star je (Sabtu, tarikh aku pun dah lupe) dan juga dari hebahan rakan2 sekerja. Memula sekali aku x tertarik sgt dgn berita tersebut. Berita mengenai Equate Petrochemicals (tempat kami keje sekarang) memerlukan tenaga pekerja mahir dari Malaysia. Dalam aku x minat tu, aku hantar lah jugak resume kat sorang kawan aku tu, nama dia Nasri, org panggil dia Ustak Nasri. Mamat tu pun apply jgk..
Thn yg sama, bulan May, tetibeee je... aku dapat satu phone call, dari satu org Filipina. Dia cakap nama aku dah shortlisted utk ditemuduga bagi jawatan Field Operator (jawatan dulu, kini dan mgkin selamanya..). Ntah camana aku jadi seronok pulok. Lepas tu dgr lagi berita sorang2 kawan aku yg ada terima call yg sama... Maka selepas disetting bbaik punya tarikh dan waktu maka kitorang (kalo x silap masa tu ada jgk dlm 15 org) beramai2 berangkat ke sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Kuantan dimana bermulanya detik2 bersejarah dalam hidup kami semua.
Maka nak dipendekkan cerita nya.. (aku pun xlarat nk tulis kronologi cmni panjang2) selepas menjawab English test dan mengadap penemuduga dari Equate iaitu Mr Ali Ahmad Ghuloom dan Mr Abdullah Hamada, maka x berapa lama, maka nama calon2 yg hendak ke Q8 diumumkan.. Alhamdulillah nama aku pun ada jugak bersama2 dgn 7 kawan aku yg lain. Maka persiapan pn dibuat diantaranya Medical Checkup, Passport, formalities itu dan ini.. dan banyak la lagi yg memeningkan kepala aku..
Maka bulan Oktober 2007, 16hb, hari raya ke-4, aku dgn relanya berangkat ke bumi Anbiya' ini dgn niat suci utk mencari sedikit rezeki.. Alhamdulillah, pesawat Qatar Airways yang aku naikki mendarat di Kuwait International Airport pada keesokkan harinya (17hb). 
Masa tu turunnya aku menjejakkn kaki buat kali pertamanya di bumi berpasir ini, menghirup udara Kuwait ni, first impression aku adalah..." Maaak aii... panasnye matahari kat cni (sebenarnya x berapa panas pun sbb masa tu musim tu tgh nk bertukar). Igt lagi outside temperature 36 degree C.  Mmg la jauh lagi panas dari kat Mesia.
Selepas semua formalities selesai, aku ditempat kan di sebuah hotel terkemuka di Kota Fahaheel, nama dia Al Manshar Rotana Hotel (mcm padang mahsyar plk nama dia ekk..?) Aku ditempatkan disitu selama sbln lebih. Maka, sorang demi sorang kawan aku datang menyusuli aku..
Selang 4 hari, Nazri a.k,a Najeri a.k.a Abg Long pun menjejakkan kaki di Q8, disusuli dgn Megat (November.. musim sejuk), 2 bulan selepas itu Azrin a.k.a Ajerin, dan x berapa lama disusuli dgn Si Hanafi a.k.a Bouyett dan Shariman a.k.a Toba, lepas tu Sabri a.k.a Beri dan selepas Sabri, xbape lama datang pulak Si Raja a.k.a Mat Tapau ngn Faizal a.k.a Cagu a.k.a Urek.. cukuplah sembilan beradik ni membiak di bumi Q8 ini, dan mungkin akan datang lagi kawan2 kami dari Mesia dan kami akan terus membiak disini ntah sampai bila nak berenti hehehe.... Insyallah.
Dua hari lepas (17hb Oct 2008)  genaplah setahun aku mengular di tempat tandus dan gersang ni. Banyak citer2 yg menarik kami akan kongsi bersama dgn pengunjung2 laman blog ini ini Insyallah.. Sekian dulu...

Saturday, October 18, 2008

Bermulanya Coretan Kehidupan Kami di Kuwait ini




Salam

Setelah hampir setahun kami bersembilan beradik berpetualang di bumi Anbiya' ini, berpanas, berpeluh, berpasir, berdebu, dan x lama lagi berhadapan dgn kesejukkan melampau yg telah dirasai sebelum ini oleh sesetengah dari kami, akhirnya lahirlah sebuah blog Geng Aromatics di Kuwait ini, sebagai penghubung kami disini dengan rakan-rakan dan kaum keluarga kami di tanahair.
Aku, zawawimusa a.k.a Awie Bass, Azrin a.k.a Zerin, Nazeri, Megat, Hanafi a.k.a Bouyett, Shariman a.k.a Man Toba, Raja Baharudin, Faizal a.k.a Urek dan Sabri, dan Insyallah mungkin akan bertambah bilangan adik beradik kami nanti.
Insyallah nanti aku akan sajikan segala gambar2, kisah2 dan aktiviti2 kami sepanjang kami berada disini.
Sekian Terima Kasih